phone blackfeedback blackfaq blacksitemap black
mygov uc

Senarai Berita

"EXECUTIVE TALK : MEMUPUK BUDAYA KERJA BERPRESTASI TINGGI" DAN PERHIMPUNAN BULANAN WARGA BIL 4/2025 PLANMALAYSIA PERAK

”𝗘𝗫𝗘𝗖𝗨𝗧𝗜𝗩𝗘 𝗧𝗔𝗟𝗞 : 𝗠𝗘𝗠𝗨𝗣𝗨𝗞 𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗥𝗘𝗦𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜” 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗕𝗜𝗟 𝟰/𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗣𝗟𝗔𝗡𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞

IPOH, 10 November 2025– Majlis “Executive Talk: Memupuk Budaya Kerja Berprestasi Tinggi” dan Perhimpunan Warga Bil 4/2025, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) telah berlangsung di MU Hotel, Ipoh dengan kehadiran seramai 84 warga PLANMalaysia Perak. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak.

Sesi Executive Talk berkaitan Memupuk Budaya Kerja Berprestasi Tinggi yang disampaikan oleh YBrs. TPr Gs. Dr. Shamsaini binti Shamsuddin, Penyelidik Selangor Greater Klang Valley (SKGV) diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan semangat warga kerja dalam mengamalkan nilai-nilai profesionalisme, integriti, inovasi serta kerja berpasukan, di samping memperkukuh budaya kecemerlangan dan akauntabiliti dalam penyampaian perkhidmatan. Melalui sesi ini, diharapkan setiap warga PLANMalaysia Perak dapat mempertingkat prestasi, motivasi, dan komitmen ke arah mewujudkan organisasi yang produktif, berdaya saing, serta cemerlang dalam mencapai visi dan misi jabatan.

Majlis ini juga menjadi platform apresiasi warga kerja dengan penyerahan sijil Employee of the Month (EOTM) dan sambutan kelahiran bagi bulan Oktober - Disember 2025 selain meraikan (1) orang warga yang berpindah sebagai tanda penghargaan atas sumbangan sepanjang perkhidmatan di PLANMalaysia Perak

Semoga majlis yang diadakan ini dapat memberi peluang kepada warga PLANMalaysia Perak untuk mendapatkan pencerahan terus daripada pihak pengurusan tertinggi mengenai hala tuju, dasar, serta aspirasi jabatan. Ia menjadi platform untuk memperkukuh komunikasi dua hala antara kepimpinan dan warga kerja, menyemai semangat kekitaan serta nilai profesionalisme dalam organisasi. Selain itu, majlis ini juga berperanan meningkatkan motivasi, semangat kerja berpasukan, dan rasa tanggungjawab bersama ke arah membentuk budaya kerja berprestasi tinggi serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang.

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!

Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak

Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/

Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@planmalaysiaperak

fbigyttt