𝗚𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗧𝗥𝗔𝗜𝗟 𝗥𝗨𝗡 @𝗚𝗢𝗣𝗘𝗡𝗚 𝟮𝟬𝟮𝟱
Salam Sejahtera,
Program 𝗚𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 𝗧𝗿𝗮𝗶𝗹 𝗥𝘂𝗻 (𝗚𝗧𝗥) 𝟮𝟬𝟮𝟱 merupakan antara ‘pocket event’ sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Negeri Perak 2025 yang berlangsung meriah dengan kepelbagaian bangsa dan peringkat umur peserta pada 1 November 2025 bertempat di Hoga Gaharu Tea Valley, Gopeng.
Program yang berkonsepkan ‘brisk walk’ sepanjang 4.2kilometer di laluan ladang pokok gaharu ini merupakan anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (KESUBA) dengan kerjasama strategik Majlis Daerah Kampar dan penaja lokasi utama iaitu Gaharu Technologies Sdn. Bhd. Selain menawarkan pengalaman keindahan dan udara pagi yang segar, para peserta turun dihidangkan dengan makanan dan minuman di beberapa ‘check point’ sehingga ke garisan penamat.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Sandrea Ng Shy Ching selaku Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak dan Ahli Dewan Undangan Kawasan Teja, TPr. Muhamad Hisham bin Hashim, Setiausaha Majlis Daerah Kampar (MDKPr) dan Mr. Nicklaus Ho, Hoga Holistic Gaharu atas meluangkan masa menyempurnakan sesi pelepasan dan penyampaian hadiah kepada para peserta.
Ucapan ribuan terima kasih juga kepada Miss Vina, Zum To Fit yang memimpin sesi warming up dan cooling down serta kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan perjalanan program ini. KESUBA mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi mengucapkan tahniah dan ucapan setinggi terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai GTR 2025 dan semoga berjumpa lagi pada penganjuran yang lain kelak.
=======================
Terus ikuti kami di saluran media sosial Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak untuk sebarang updates terkini berkenaan penganjuran GAHARU TRAIL RUN okay!
HOGA Gaharu Tea Valley Gopeng 务边沉香山茶园
#run #runevent #gaharu #GTR2025
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/





