𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗜𝗞𝗔𝗟 𝗞𝗘 𝗞𝗘𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗠𝗕𝗔𝗛𝗕𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗚𝗔𝗥𝗜𝗦 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 (𝗚𝗣𝗣) 𝗞𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞
SERDANG, 9 September 2025 – Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) melalui Unit Penyelidikan dan Pembangunan, Bahagian Pengurusan Perancangan dan Projek Khas (BPPPK) telah mengadakan Sesi Lawatan Teknikal Kilang Tanaman bersama-sama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Agensi Teknikal di MARDI, Serdang.
Sesi lawatan ini diketuai oleh YBrs. Puan Syazlina binti Bahari, Timbalan Pengarah PLANMalaysia Perak. Ia diadakan susulan daripada Sesi Penglibatan Kumpulan Sasar (FGD) bersama PBT dan Agensi Teknikal Negeri Perak pada 23 Julai 2025 yang lalu.
Tujuan utama sesi ini adalah untuk mendapatkan gambaran secara langsung serta keperluan maklumat teknikal bagi penambahbaikan GPP Kilang Tanaman Negeri Perak.
PLANMalaysia Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak MARDI atas penerimaan kunjungan daripada PLANMalaysia Perak bersama-sama wakil PBT dan Agensi Teknikal Negeri Perak.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/