𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗥𝗔𝗡𝗗𝗨𝗞 𝗙𝗢𝗥 𝗟𝗔𝗠𝗣𝗔𝗠 𝗩𝗢𝗟𝗨𝗠𝗘 𝟰.𝟬 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗦𝗘𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 (𝗛𝗣𝗕𝗦) 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞
GOPENG, 6 September 2025 - Program Randuk for Lampam Volume 4.0 telah berjaya dilaksanakan di Camping Site Atok Gonen, Gopeng dengan penyertaan seramai lebih kurang 120 orang peserta yang hadir dari seluruh Semenanjung Malaysia serta turut disertai peserta antarabangsa dari Singapura dan Amerika Syarikat.
Program Randuk for Lampam Volume 4.0 ini telah dirasmikan oleh YDH Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja Tuan Azman bin Dato’ Seri Yeop Junior, Orang Besar Jajahan Kampar dan turut dihadiri oleh YBhg. Encik Emmiza Hasmi bin Zul, wakil kepada YB Encik Mohd Azlan Helmi bin Helmi, Tuan Muhamad Sharul Nizam bin Shuhaimi, wakil kepada Pegawai Daerah Kampar, YBhg. Tuan TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak, YBrs. Tuan TPr Muhamad Hisham bin Hashim, Pegawai Tadbir (Perancang) Yang Menjalankan Tugas Setiausaha Majlis Daerah Kampar, Ketua – Ketua dan Wakil Jabatan Persekutuan, Negeri dan Daerah, Ahli – Ahli Majlis dan Ketua – Ketua Jabatan Majlis Daerah Kampar.
Program Randuk For Lampam Volume 4.0 ini merupakan salah satu program sempena Sambutan HPBS 2025 peringkat Negeri Perak yang dapat memperkenalkan Sungai Kampar sebagai lokasi rekreasi berasaskan Sungai yang menghimpunkan peserta dari dalam dan luar negara dan memelihara tradisi rekreasi tempatan.
Komponen utama program ini ialah cabaran menangkap ikan lampam. Semua hasil tangkapan peserta akan diukur menggunakan pita pengukur rasmi penganjur dan penentuan pemenang dibuat berdasarkan ikan terbesar yang berjaya ditangkap.
Usaha seperti ini membuktikan bahawa perancangan bandar bukan sahaja tentang pembangunan fizikal, tetapi juga tentang menjaga khazanah budaya, meningkatkan kualiti hidup, dan membina komuniti yang harmoni.
Semoga program ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak inisiatif kreatif yang mampu menghubungkan antara aspek perancangan bandar, pemeliharaan alam sekitar, serta kelestarian budaya tempatan di Negeri Perak.
Kredit gambar : Majlis Daerah Kampar
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/