phone blackfeedback blackfaq blacksitemap black
mygov uc

Senarai Berita

MAJLIS PEMBENTANGAN LAPORAN KEMAJUAN TAHUN KETIGA PERAK SEJAHTERA 2030

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗝𝗨𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗚𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔 𝟮𝟬𝟯𝟬

LENGGONG, 30 Jun 2025 - PLANMalaysia Perak telah menyertai reruai pameran bagi Majlis Pembentangan Laporan Kemajuan Tahun Ke Tiga Perak Sejahtera 2030 bertempat di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Lenggong. Majlis ini dimulakan dengan pembentangan laporan oleh YAB Menteri Besar Perak, diikuti dengan peluncuran Buku Laporan Kemajuan Pencapaian Tahun Ketiga Perak Sejahtera 2030 dan Penyerahan Watikah Pelantikan JPKK kepada wakil setiap daerah negeri Perak.

Program ini bukan sahaja memaparkan pencapaian dan visi kerajaan negeri, tetapi juga memberi ruang kepada rakyat untuk berinteraksi dengan pemimpin serta memahami inisiatif-inisiatif yang sedang dijalankan.

Reruai Pameran PLANMalaysia Perak dibawah Ekonomi Ungu yang merujuk kepada sektor yang merangkumi pelbagai perkhidmatan penjagaan yang disediakan untuk kanak-kanak, warga menua dan individu keperluan khas. Dasar dan Panduan bagi Golongan Rentan merangkumi Rancangan Struktur Negeri (RSN) Perak 2040, Garis Panduan Perancangan (GPP) Kemudahan Masyarakat, GPP Reka Bentuk Sejagat, GPP Fizikal Bagi Warga Emas dan Panduan Inisiatif Persekitaran Mesra Autisme telah di pamerkan semasa program tersebut. Maklumat berkaitan ini boleh didapati melalui Chat Board Geosilver Mr@TPr PLANMalaysia Perak yang merupakan aplikasi berasaskan pembuatan kecerdasan AI.

Program ini telah berjaya memperkukuhkan hubungan antara kerajaan negeri dan rakyat, serta memberi pendedahan yang lebih mendalam mengenai usaha-usaha yang sedang dilakukan untuk mencapai visi Perak Sejahtera 2030. Marilah kita bersama-sama menyokong usaha kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan dan kemakmuran Perak.

Majlis Perbandaran Taiping

Wanita Perak

#MalaysiaMadani

#PerakSejahtera

#planmalaysiaperak

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!

Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak

Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/

Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@planmalaysiaperak

Threads: https://www.threads.net/@planmalaysia_perak

fbigyttt