𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗥𝗜𝗠𝗕𝗔 𝗕𝗨𝗞𝗜𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗞𝗢𝗡𝗚
Bukit Bangkong, Chemor, Perak | 26 Jun 2025
Puncak Bukit Bangkong berketinggian 312 meter berjaya ditawan! Program Jelajah Rimba anjuran Biro Sukan KESUBA ini telah menyaksikan seramai 40 peserta mencipta memori indah dan mengukir kejayaan bersama.
Semangat kerjasama dan ketahanan diri jelas terpancar dari permulaan hingga ke puncak. Laluan yang penuh mencabar sama sekali tidak menjadi penghalang buat para peserta. Syabas diucapkan kepada semua!
Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada YBrs. TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak merangkap penasihat KESUBA, di atas sokongan dan kepercayaan penuh yang diberikan.
KESUBA sentiasa komited dalam mendekatkan anda dengan alam semulajadi dan mempromosikan gaya hidup sihat. Nantikan lebih banyak pengembaraan menarik!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAa@Perak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/