phone blackfeedback blackfaq blacksitemap black
mygov uc

Senarai Berita

SESI PERBINCANGAN DUKTUS KOMUNIKASI GUNASAMA PLANMALAYSIA PERAK BERSAMA KORIDOR UTILITI DARUL RIDZUAN (KUDR)

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗜𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗨𝗞𝗧𝗨𝗦 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗞𝗔𝗦𝗜 𝗚𝗨𝗕𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗟𝗔𝗡𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗢𝗥𝗜𝗗𝗢𝗥 𝗨𝗧𝗜𝗟𝗜𝗧𝗜 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗥𝗜𝗗𝗭𝗨𝗔𝗡 (𝗞𝗨𝗗𝗥).

IPOH, 16 Jun 2025 - Sesi perbincangan strategik berkaitan perancangan Pembangunan Duktus Gunasama antara PLANMalaysia Perak bersama Koridor Utiliti Darul Ridzuan (KUDR) yang telah dipengerusikan oleh Tuan TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak memberi fokus utama ke atas perkara berikut:

i. Mengurangkan Kos Pemasangan dan Penyelenggaran membolehkan perkongsian/ integrasi jaringan pelbagai perkhidmatan telco;

ii. Mengurangkan pencemaran alam sekitar dan beban visual serta meminimakan kerja-kerja korekan;

iii. Pematuhan ke atas garis panduan perancangan dan piawaian keselamatan;

iv. Penyelarasan laluan utiliti telekomunikasi dalam satu sistem bersepadu;

v. Menyokong agenda Bandar Pintar dan Infrastruktur Digital 5G Negeri Perak; dan

vi. Penjimatan kos jangka panjang dan pemantauan berasaskan data (GIS & BIM).

Usaha awal daripada pihak KUDR ini merupakan satu inisiatif penting ke arah pembangunan infrastruktur utiliti yang lebih tersusun, mampan dan efisien di Negeri Perak.

Langkah ini selari dengan aspirasi pembangunan mampan dan transformasi digital Perak ke arah Industri 4.0.

#PLANMalaysiaPerak #KUDR #DuktusGunasama #SmartCity #InfraDigital #Industry40 #PerakMajuDigital

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!

Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak

Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/

Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@planmalaysiaperak

Threads: https://www.threads.net/@planmalaysia_perak

fbigyttt