MESYUARAT JAWATANKUASA KAWAL SELIA MPFN BIL. 2/2025
PUTRAJAYA, 29 Mei 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Kawal Selia MPFN Bil. 2/2025 telah diadakan di Bilik Persidangan Tanjung, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk TPr Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah PLANMalaysia dan YBrs. TPr Zamirzan bin Puji, Pengarah Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan, PLANMalaysia sebagai setiausaha mesyuarat. Mesyuarat ini diadakan secara fizikal dan dihadiri oleh wakil-wakil Kementerian, Jabatan dan Agensi Teknikal Negeri yang berkaitan.
Sebanyak 1 Kertas Perakuan dan 1 Kertas Pemakluman telah dibentangkan untuk pertimbangan dan persetujuan ahli mesyuarat. Keputusan mesyuarat secara keseluruhannya bersetuju membawa 2 kertas berkenaan untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MPFN yang akan diadakan pada 20 Jun 2025.
PLANMalaysia merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh agensi dan jabatan teknikal dalam memberikan ulasan dan maklumbalas berkaitan kertas perakuan yang telah dikemukakan.
Bah. Perundangan dan Kawal Selia Perancangan PLANMalaysia - BPKSP