phone blackfeedback blackfaq blacksitemap black
mygov uc

Senarai Berita

MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN TEKNIKAL KEPADA JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI (JPN) PERAK BIL.2/2025

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 (𝐉𝐏𝐍) 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐁𝐈𝐋.𝟮/𝟐𝟎𝟐𝟱

IPOH, 27 Mei 2025 - Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Perak Bil.2/2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Royal Belum, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) yang dipengerusikan oleh YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pn Syazlina binti Bahari, Timbalan Pengarah PLANMalaysia Perak dan pegawai dari Bahagian Rancangan Fizikal Negara, PLANMalaysia, Agensi Teknikal peringkat Negeri dan Tempatan serta Pihak berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Selama, Majlis Daerah Lenggong dan Majlis Daerah Grik

Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk memastikan keperluan teknikal bagi kertas kerja-kertas kerja berkaitan pengubahan Rancangan Tempatan, cadangan-cadangan pembangunan dan isu-isu berkaitan perancangan bandar dapat dipatuhi terlebih dahulu sebelum ianya diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri yang akan datang.

Semoga keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat ini menyokong ke arah Perak Sejahtera 2030.

#planmalaysiaperak

#PerakSejahtera2030

#JPN

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!

Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak

Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/

Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@planmalaysiaperak

Threads: https://www.threads.net/@planmalaysia_perak

fbigyttt