PELANCARAN THE PLANMALAYSIA MAGAZINE 2024 | MENTERJEMAH USAHA DAN ILTIZAM PLANMALAYSIA SEBAGAI PENERAJU AGENDA PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA
PUTRAJAYA, 24 Mac 2025 – YBhg. Datuk TPr Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa, telah merasmikan The PLANMalaysia Magazine 2024. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBrs TPr Md. Nazri bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) bersama barisan pengurusan kanan Jabatan.
The PLANMalaysia Magazine merangkumi aktiviti dan program Jabatan sepanjang tahun 2024 meliputi berita, liputan, laporan serta catatan ilmiah untuk diterokai bersama. Bukan itu sahaja, aktiviti-aktiviti jabatan yang berlangsung di dalam dan luar negara, penampilan sesi bersama YBhg. Datuk Ketua Pengarah dan pegawai-pegawai PLANMalaysia. Terdapat juga artikel-artikel yang disumbangkan oleh pegawai-pegawai PLANMalaysia yang telah dihasilkan sepanjang tahun 2024 yang lalu.
Jom bersama THE PLANMALAYSIA MAGAZINE 2025 : https://heyzine.com/flip-book/4d68709e73.html
'Menterjemah Usaha dan Iltizam PLANMalaysia Sebagai Peneraju Agenda Perancangan dan Pembangunan Negara'