Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) telah memuat naik Kandungan Draf Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) di Laman Web Unified Public Consultation (UPC), Malaysia Productivity Corporation (MPC) bagi tujuan untuk menguar-uarkan kepentingan RUU PSB kepada semua lapisan masyarakat dan secara tidak langsung untuk mendapatkan pandangan awam terhadap penyediaan RUU PSB ini. Jabatan amat mengalu-alukan semua pihak untuk membaca kandungan RUU PSB ini dan memberi komen yang sewajarnya.
RUU PSB ini masih berada di peringkat penelitian dan semakan Jabatan Peguam Negara. Sila ambil maklum bahawa kandungan draf RUU ini belum muktamad sehingga kelulusan diberi oleh Jabatan Peguam Negara.