𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟭 : 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗔𝗞𝗨𝗟 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗟𝗔𝗡𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟱
IPOH, 19 Mac 2025 - Bersempena bulan Ramadan 1446H, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) melalui Bahagian Korporat telah berkolaborasi bersama Kelab Sukan dan Kebajikan (KESUBA), PLANMalaysia Perak menjalankan Program Bakul Ramadan 2025 bagi membantu golongan yang memerlukan.
Program ini telah bermula sejak 17 Mac 2025 dengan sumbangan dari warga PLANMalaysia Perak dan KESUBA kepada 10 keluarga di Masjid Al-Aulia, Jalan Kuala Kangsar dan 26 keluarga di Daerah Tambun.
Agihan bakul Ramadan ini telah disampaikan oleh TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak bersama-sama Timbalan Pengarah PLANMalaysia Perak, warga Bahagian Korporat PLANMalaysia Perak dan KESUBA.
Semoga Inisiatif Program Bakul Ramadan PLANMalaysia Perak 2025 ini dapat bersama-sama membantu dengan berkongsi rezeki dalam menyambut ramadan yang mulia ini.
#bakulramadan2025 #kongsirezeki #planmalaysiaperak
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/