PROGRAM RUNDINGAN AWAL RANCANGAN STRUKTUR NEGERI (RSN) PERAK 2040 (KAJIAN SEMULA)

PROGRAM RUNDINGAN AWAL RANCANGAN STRUKTUR NEGERI (RSN) PERAK 2040 (KAJIAN SEMULA)
 
1-2 Oktober 2024 - Program Rundingan Awal Rancangan Struktur Negeri (RSN) Perak 2040 (Kajian Semula) telah diadakan di Hotel Impiana Ipoh dan telah dirasmikan oleh YBrs. TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak yang mewakili YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
 
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendapatkan pandangan dan input bagi semakan semula hala tuju pembangunan Negeri Perak seterusnya memantapkan penyediaan Terma Rujukan (Term Of References [TOR]) kajian semula ini.
 
Program ini telah dihadiri oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan, semua Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan/ Agensi Teknikal di peringkat Negeri dan Persekutuan serta Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Cetak   Emel