MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI (JPN) PERAK BIL. 1/2024

IPOH, 14 Mac 2024 – Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Perak Bil.1/2024 telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.
 
Tujuan mesyuarat diadakan bagi membincang dan mempertimbangkan empat (4) kertas kerja untuk kelulusan dan empat (4) kertas pemakluman yang telah dibentangkan oleh agensi terlibat berkaitan perancangan bandar di Negeri Perak. Semoga keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat JPN kali ini dapat menyokong hasrat ke arah Perak Sejahtera 2030.
 
 

Cetak   Emel