MESYUARAT JAWATANKUASA KAWALAN PERANCANGAN PERANCANGAN 1/2024

MESYUARAT JAWATANKUASA KAWALAN PERANCANGAN PERANCANGAN 1/2024
 
IPOH, 7 FEBRUARI 2024 – Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Perancangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Royal Belum, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah PLANMalaysia.
 
Seksyen 5(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) menerangkan mana-mana kawasan di dalam negeri yang tidak menjadi sebahagian daripada kawasan mana-mana pihak berkuasa tempatan, Pengarah Negeri hendaklah menjadi pihak berkuasa perancang tempatan.
 
Sebanyak satu (1) permohonan kebenaran merancang daripada tanah pertanian kepada ladang ternakan ayam, Mukim Slim, Daerah Muallim telah dibentangkan dan dirunding dalam mesyuarat ini.
 

Cetak   Emel