SESI PENYAMPAIAN SIJIL AGENSI NEGERI CAPAI KPI 2023

 
SESI PENYAMPAIAN SIJIL AGENSI NEGERI CAPAI KPI 2023
 
IPOH, 14 FEBRUARI 2024 – YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Perak, Dato’ Nor Sham binti Rahman telah menyempurnakan sesi penyampaian sijil agensi-agensi negeri di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
 
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak (PLANMalaysia Perak ) turut sama menerima sijil penghargaan bagi Sistem Pemantauan Kepada Laman Web & Servis Kerajaan (SPLaSK).
 
Sebanyak 29 agensi telah menerima sijil cemerlang SPLaSK atas pencapaian laman web dan servis kerajaan yang memenuhi 15 kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan Digital Negara sepanjang tahun lalu.
Terdahulu, YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato’ Nor Sham binti Rahman telah mempengerusikan Mesyuarat Pemantantauan KPI Pengurusan di bawah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bil.1/2024.
 

Cetak   Emel