RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) PULAU PANGKOR, PERAK

 
RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) PULAU PANGKOR, PERAK
 
IPOH, 18 JANUARI 2024 – Bahagian Rancangan Pembangunan, Geospatial dan ICT (BRPGICT), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Publisiti Dan Penyertaan Awam Bagi Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pulau Pangkor, Perak yang telah dipengerusikan oleh YBrs. TPr Gs Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak.
 
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan persediaan Program Publisiti dan Penyertaan Awam serta Majlis Pelancaran Draf RKK Pulau Pangkor selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) di bawah seksyen 13, bahawa sebelum Draf RKK Pulau Pangkor diluluskan untuk diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT), orang ramai diberi peluang untuk memberikan cadangan dan mengemukakan bantahan terhadap pembangunan yang dicadangkan.
 
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh pegawai - pegawai dari Pejabat Projek Zon Tengah (PPZT), Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, Institut Darul Ridzuan (IDR) dan barisan pegawai BRPGICT.
 

Cetak   Emel