MESYUARAT KICK OFF PENYEDIAAN SMART CITY BLUEPRINT NEGERI PERAK 2030

 
MESYUARAT KICK OFF PENYEDIAAN SMART CITY BLUEPRINT NEGERI PERAK 2030
 
IPOH, 6 NOVEMBER 2023 – Mesyuarat Kick Off penyediaan Smart City Blueprint Negeri Perak 2030 telah diadakan di Dewan PTG, Aras 3, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah PLANMalaysia Perak.
 
Kerajaan Negeri Perak telah memberi sepenuh komitmen untuk menyediakan Blueprint Bandar Pintar untuk Negeri Perak selaras dengan Agenda Nasional Bandar Pintar yang telah digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-12. Penyediaan Blueprint Bandar Pintar untuk Negeri Perak ini juga dilihat sebagai usaha Kerajaan negeri untuk mempersiapkan bandar-bandar di Negeri Perak Ke arah Bandar Pintar menjelang 2030. Ini adalah bertepatan dengan saranan Mesyuarat Majlis Bandar Pintar Negara yang telah dipengerusikan oleh YB Menteri KPKT iaitu Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disarankan untuk menyediakan Blueprint dan Pelan Tindakan Bandar Pintar bagi memastikan perancangan bandar pintar yang bersistematik, mempersiapkan bandar-bandar dengan elemen pintar dalam pengurusan perbandaran serta mempercepatkan pelaksanaan dasar, inisiatif bandar pintar.
 
Bagi menjayakan penyediaan Smart City Blueprint Negeri Perak 2030 ini, komitmen dan kerjasama yang jitu dari semua agensi kerajaan, swasta dan pihak PBT amatlah dialu-alukan. Penyediaan Blueprint Bandar Pintar ini akan menjadi rujukan dan panduan kepada Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, jabatan/agensi Negeri dan pihak berkepetingan (stakeholders) di dalam merancang dan membangunkan bandar pintar.
 

Cetak   Emel