MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PEMBANGUNAN MINERAL NEGERI PERAK BAGI DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH KAMPAR 2030 (PENGUBAHAN 7) DAN DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PERAK TENGAH 2030 (PENGUBAHAN 5)

 
IPOH, 13 Oktober - Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Mineral Negeri Perak bagi Draf Rancangan Tempatan Daerah Kampar 2030 (Pengubahan 7) dan Draf Rancangan Tempatan Daerah Perak Tengah 2030 (Pengubahan 5) telah diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan yang di pengerusikan oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
 
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh agensi kerajaan di peringkat Negeri dan Daerah iaitu Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak, Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, Majlis Daerah Kampar, Majlis Daerah Perak Tengah Pejabat Daerah dan Tanah serta agensi-agensi yang berkepentingan berkaitan sumber mineral di Negeri Perak.
Selaras dengan Dasar Mineral Negeri Perak, Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Mineral ini bertanggungjawab untuk membuat pertimbangan keatas syor Jawatankuasa Teknikal Geospatial Pembangunan Mineral terhadap hasil analisis yang telah dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak (PLANMalaysia Perak) bagi penentuan kawasan pembangunan mineral. Ianya akan diterjemahkan melalui Rancangan Tempatan (RT) bagi tujuan perancangan dan kawalan dalam memproses kebenaran merancang (KM) oleh pihak berkuasa tempatan.

Cetak   Emel