KUNJUNGAN HORMAT PERTUBUHAN PERANCANG MALAYSIA (MIP) KEPADA PENGARAH PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERAK DARUL RIDZUAN

IPOH, 12 September 2023 - Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan telah menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) yang diketuai oleh TPr Haji Abdul Hamid bin Akub dan dihadiri bersama TPr Mohamad Fauzi Ahmad dan TPr Saiful Azman Abdul Rashid.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan lagi kolaborasi strategik di antara PLANMalaysia Perak dan MIP di dalam memperteguhkan bidang perancangan bandar dan desa di Perak.
 
Sesi ini juga turut memberi peluang kepada TPr Saiful Azman untuk berkongsi mengenai perkembangan semasa dan keperluan memperteguhkan aspek Penilaian Impak Sosial (SIA). PLANMalaysia akan terus memperkasakan usaha-usaha untuk memantapkan peranannya melalui usaha kolaborasi dengan pihak-pihak berkepentingan demi kemajuan negeri ke arah menyokong Perak Sejahtera 2030.
 

Cetak   Emel