Sesi Pendengaran dan Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran (JSTP) bagi Draf RT Daerah Larut Matang 2035

Sesi Pendengaran dan Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran (JSTP) bagi Draf RT Daerah Larut Matang 2035 (Pengubahan 3) dan Draf RT Daerah Selama 2030 (Pengubahan 3)
 
TAIPING, 25 Julai 2023 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan telah mengadakan Sesi Pendengaran bagi mendengar bantahan keatas Draf RT Daerah Larut Matang 2035 (Pengubahan 3 ) dan Drat RT Daerah Selama (Pengubahan 2) lanjutan dari Program Publisiti dan Penyertaan Awam yang telah dilaksanakan pada 2-31 Mei 2023. Sesi pendengaran ini disusuli dengan Mesyuarat JSTP yang dipengerusikan oleh YB Pengerusi JK Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah bersidang di Majlis Perbandaran Taiping.
 
Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membuat pengesyoran terhadap Publisiti, Bantahan dan Representasi (LPBR) sebelum ianya di angkat ke Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) selaras dengan subseksyen 14(1) , Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
Turut hadir adalah Pengarah PLANMalaysia Perak dan Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perak sebagai ahli JSTP dan agensi di peringkat Negeri dan Daerah.
 
 

Cetak   Emel