Bengkel Semakan Data Landskap dan Terma Rujukan bagi Laporan Pemantauan Perancangan Fizikal Negeri (LPPFN) Perak

 
Bengkel Semakan Data Landskap dan Terma Rujukan bagi Laporan Pemantauan Perancangan Fizikal Negeri (LPPFN) Perak
 
Kuala Kangsar, 9-10 Mei 2023 - Unit Projek Khas, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak telah mengadakan Bengkel Semakan Data Landskap dan Terma Rujukan bagi Laporan Pemantauan Perancangan Fizikal Negeri (LPPFN) Perak yang bertujuan menambahbaik data dalam membangunkan dashboard yang akan menjadi platform pemantauan kepada rancangan-rancangan pemajuan di Negeri Perak serta turut dijalankan kerja-kerja pemurnian kepada Terma Rujukan LPPFN Perak.
 
Bengkel ini turut diisi dengan slot taklimat berkaitan Pelan Perak Sejahtera 2030 oleh Dr. Maisarah Ahmad daripada Institut Darul Ridzuan (IDR) dan disambung dengan taklimat berkaitan Pengenalan kepada Malaysia Urban Observatory (MUO) oleh Gs. Siti Zalina binti Abu Bakar daripada Pejabat Projek Zon Tengah (PPZT), PLANMalaysia Ibu Pejabat. Taklimat dan pengisian ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada peserta bengkel ke arah mencapai matlamat untuk membangunkan dashboard pemantauan ini.
 
 

Cetak   Emel