Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Perak Tahun 2022

 
1 November 2022- Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Perak Tahun 2022, telah disempurnakan oleh YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bertempat di Hotel Casuarina Meru, Ipoh. Dalam ucapannya YB SUK memaklumkan bagi mencapai maksud Malaysia Berdaya Huni: Transformasi Bandar Masa Hadapan ini, perancangan di Negeri Perak hendaklah diolah dengan sebaik mungkin dengan tumpuan hendaklah diberikan kepada peningkatan kualiti persekitaran, amalan hidup sihat, perbandaran yang mampan, makmur dan sejahtera. YB Dato’ SUK juga turut berbesar hati untuk menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang menerima Anugerah Bandar Berdaya Huni, PBT dan jabatan/agensi yang menjayakan Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia (MURNINets) serta hadiah pertandingan-pertandingan yang bertemakan ‘Bandar Berdaya Huni’. Turut hadir sama TPr Md Nazri bin Abdullah Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) PLANMalaysia, Puan Halizah binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) dan Gs Mohamed Zamri bin Mohd, Pengarah PLANMalaysia@Perak

Cetak   Emel