phone blackfeedback blackfaq blacksitemap black
mygov uc

Rancangan Tempatan

 

Pengenalan

Rancangan Tempatan (RT) merupakan asatu dokumen rasmi yang mentafsirkan dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum yang terkandung di dalam RSN kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal.

RTD disediakan bagi kawasan-kawasan yang dikenalpasti di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) serta dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Ia merupakan pelan terperinci yang menterjemahkan polisi-polisi dan cadnagan-cadangan am yang terkandung di dalam RSN.

RTD menunjukkan secara berskala besar tatatur pembangunan bagi sesuatu kawasan yang dilengkapi dengan pernyataan bertulis untuk menerangkan dasar-dasar dan butir-butir lanjut mengenai pembangunan tersebut.

Fungsi Rancangan Tempatan Daerah adalah:

  • Menterjemahkan dasar-dasar RSN;
  • Sebagai panduan pembangunan fizikal bagi daerah dan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) berkaitan melalui peta cadangan gunatanah;
  • Menyediakan garispanduan bagi kawasan pembangunan;
  • Mengenalpasti projek utama daerah; dan
  • Menyediakan garispanduan pelaksanaan.

Senarai Muka Depan Rancangan Tempatan

 

1.RT Bandaraya Ipoh2035 (Penggantian)

 

2. RT Daerah Kuala Kangsar 2035 (Penggantian)

 

3. RT Daerah Batang Padang 2035 (Penggantian)

 

4. RT Daerah Hilir Perak 2035 (Penggantian)

 

5. RT Daerah Larut Matang 2035 (Pengubahan) 

 

6. RT Daerah Selama 2030 (Pengubahan)

 

7. RT Daerah Hulu Perak 2030 (Pengubahan)

 

8. RT Daerah Perak Tengah 2030 (Pengubahan)

 

9. RT Daerah Kampar 2030 (Pengubahan)

 

10. RT Daerah Batu Gajah 2025 (Penggantian)

 

11. RT Daerah Muallim 2035 (Pengubahan)

 

12. RT Kerian 2035 (Pengubahan)

 

13. RTD Manjung 2030 (Pengubahan)

 

14. RT Daerah Bagan Datuk 2035 (Pengubahan)

 

 

Rancangan Kawasan Khas

Pengenalan

Rancangan Kawasan Khas (RKK) merupakan suatu rancangan pemajuan tereprinci yang disediakan bagi sesuatu kawasan yang mempunyai kepentingan khusus kepada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT)

untuk memaju, memajukan semula, memperelokkan lagi, memelihara, memulihara atau bagi tujuan pengurusan kawasan sebagaimana di bawah peruntukan Subseksyen 16B, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, (Akta 172).

Rancangan Fizikal Negara

Pengenalan

Suatu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar-dasar strategik bagi menentukan arah tuju pemajuan fizikal dan pemuliharaan bagi seluruh Semenanjung Malaysia. RFN perlu disediakan menerusi proses perundingan diantara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta mengambil kira dasar perbandaran negara semasa atau dasar-dasar lain yang berkaitan. RFN disediakan bagi Semenanjung Malaysia dan tidak meliputi Sabah dan Sarawak kerana kedua-dua negeri tertakluk kepada perundangan yang berbeza. 

RFN berfungsi untuk menterjemahkan objektif sosio-ekonomi Rancangan Malaysia Lima Tahun dan dasar-dasar pembangunan sehingga tahun 2020, serta objektif sektoral ke dalam bentuk spatial untuk menjadi panduan dari segi agihan geografi diantara negeri, di dalam negeri dan diantara kawasan tempatan.

Perancangan spatial adalah suatu proses yang kompleks. Ianya melibatkan pelbagai bidang dan dasar yang berkaitan dengan pelbagai sektor dan pihak-pihak yang berkepentingan seperti sektor perkhidmatan utiliti dan penglibatan daripada sektor swasta. Perancangan fizikal yang berkesan adalah melibatkan penyertaan daripada pendekatan “top-down” dan “bottom-up’. Dalam penilaian semula RFN Pertama, perkara utama yang diambilkira ialah mendapatkan maklum balas secara diskursif dan konsultatif daripada semua agensi kerajaan dan pihak-pihak yang berkepentingan. Ia adalah bertujuan untuk meningkatkan sistem pengurusan bandar yang terbaik (‘Good Governance’) dan penglibatan awam dalam perancangan yang berkesan.

fbigyttt