𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗦𝗮𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗱𝗶, 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗖𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴 (𝗔𝗣𝗖) 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱 & 𝗣𝗲𝗿𝗵𝗶𝗺𝗽𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗕𝗶𝗹.𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗗𝗲𝘀𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗗𝗮𝗿𝘂𝗹 𝗥𝗶𝗱𝘇𝘂𝗮𝗻 (𝗣𝗟𝗔𝗡𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸)
IPOH, 29 April 2026 - Majlis Sanjungan Budi, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 & Perhimpunan Warga Bil.2/2026 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Hotel Symphony Suite. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak.
Pengisian utama majlis dimulakan dengan sesi sanjungan budi bagi menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan buat pesara jabatan, Encik Zulkipli bin Yusop yang telah menabur bakti selama hampir 21 tahun dalam perkhidmatan awam, termasuk 12 tahun perkhidmatan di PLANMalaysia Perak.
Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada enam (6) orang penerima iaitu;
i. Gs. Mior Muhammad Nazirul bin Saperi
ii. Mohd Fairos bin Mohd Tajudin
iii. Yazid bin Shareat
iv. Mohammad Faizal bin Abd Hamid
v. Syarifun Nizam bin Zainal Azwan
vi. Nor Maizura binti Zainon
Jabatan juga turut meraikan lima belas (15) orang penerima Sijil Prestasi Cemerlang (SPC) bagi tahun 2025. Turut diraikan dua (2) pegawai iaitu TPr Hajah Faridahwati binti Mohd Salleh dan Encik Syarifun Nizam bin Zainal Azwan yang bertukar jabatan sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan. Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam membudayakan kecemerlangan serta memacu perkhidmatan awam ke arah yang lebih dinamik dan berdaya saing selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030 dan Malaysia Madani.
YB Puan Sandrea Ng
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/





