𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗨𝗕𝗟𝗜𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗡𝗝𝗔𝗨𝗔𝗡
IPOH, 29 November 2025 – Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) telah mengadakan Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Laporan Tinjauan Kajian Rancangan Struktur Negeri Perak 2040 (Kajian Semula). Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak.
Majlis ini bertujuan untuk membuat hebahan rasmi berhubung Laporan Tinjauan yang dipublisitikan kepada orang awam selama 30 hari, bermula 10 November hingga 9 Disember 2025. Ia memberi peluang kepada masyarakat untuk meneliti serta mengemukakan pandangan mengenai penemuan, unjuran, strategi yang dicadangkan dan hala tuju pembangunan negeri sehingga tahun 2040.
Melalui Program Publisiti dan Penyertaan Awam Laporan Tinjauan ini, PLANMalaysia Perak berharap dapat mengumpulkan maklum balas yang konstruktif bagi memastikan setiap perancangan yang dirangka dapat memenuhi keperluan awam serta menyokong agenda pembangunan mampan negeri.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah wakil agensi dan jabatan teknikal, pihak berkuasa tempatan, perunding serta orang awam yang memainkan peranan penting dalam proses perancangan Negeri Perak. Semoga usaha ini menjadi langkah bermakna dalam memperkasa perancangan bandar dan desa demi kesejahteraan rakyat Perak.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/





