𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗜𝗡𝗢𝗩𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗟𝗔𝗡𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗕𝗜𝗟 𝟯/𝟮𝟬𝟮𝟱
IPOH, 31 Julai 2025– Majlis Sambutan Hari Inovasi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) 2025 dan Perhimpunan Warga bil 3/2025 telah berlangsung di MH Hotel, Ipoh dengan kehadiran seramai 82 warga PLANMalaysia Perak.
Majlis sambutan ini telah disempurnakan oleh YBrs TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak yang menyampaikan amanat bertemakan kepentingan inovasi dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam serta meningkatkan kecekapan organisasi.
Disusuli perasmian GeoSilver Ai @Mr TPr PLANMalaysia Perak yang merupakan platform pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) berbentuk chatbox yang telah beroperasi untuk menjawab pertanyaan berkaitan aspek rancangan pemajuan, perundangan, piawaian garis panduan dan prosedur perancang bandar khususnya untuk negeri Perak
Selain itu, simbolik serahan Jalur Gemilang turut disampaikan kepada Ketua-ketua Bahagian dan Ketua Kontigen Perbarisan PLANMalaysia Perak sempena sambutan bulan kemerdekaan 2025.
Berkesinambungan dengan Sambutan Hari Inovasi, sesi Executive Talk berkaitan Pemikiran Logik dalam Perancangan Strategik juga telah diadakan kepada semua warga PLANMalaysia Perak yang disampaikan oleh YBrs Tuan Pengarah PLANMalaysia Perak.
Majlis ini juga menjadi platform apresiasi warga kerja dengan penyerahan sijil kepada Kumpulan KIK Jabatan, Employee of the Month (EOTM) dan sambutan kelahiran bagi bulan Ogos-Oktober 2025 selain meraikan (2) dua orang warga yang akan berpindah sebagai tanda penghargaan atas sumbangan sepanjang perkhidmatan di PLANMalaysia Perak
Semoga majlis yang diadakan ini dapat memperluaskan skop kreativiti dan inovasi malah turut menekankan komitmen jabatan dalam menyokong nilai-nilai inovasi, strategi digital, serta semangat kekitaan yang tinggi dalam kalangan warga PLANMalaysia Perak.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/