phone blackfeedback blackfaq blacksitemap black
mygov uc

Senarai Berita

KURSUS TEAMBUILDING JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERAK DARUL RIDZUAN (PLANMALAYSIA PERAK) TAHUN 2025

𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗧𝗘𝗔𝗠 𝗕𝗨𝗜𝗟𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗥𝗜𝗗𝗭𝗨𝗔𝗡 (𝗣𝗟𝗔𝗡𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞) 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱

IPOH, 3 dan 4 Julai 2025 - Kursus Team Building PLANMalaysia Perak 2025 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 3 dan 4 Julai 2025 bertempat di D’Rumah Bonda River View, Kuala Kangsar, Perak yang melibatkan 80 warga PLANMalaysia Perak.

Tema Kursus Team Building pada tahun ini, “Strength Together For One Vision”, amat bertepatan dengan aspirasi dan halatuju jabatan dalam mencapai visi bersama. Kekuatan sesebuah organisasi bukan sekadar terletak pada kepakaran individu, tetapi pada kesepaduan tenaga, persefahaman, serta kepercayaan antara satu sama lain.

Pelbagai aktiviti telah di rangka dan di susun yang dilihat bersesuaian dengan persekitaran berasaskan “Modul Survival” yang merangkumi program Corporate Social Responsibility (CSR), Jelajah Rimba, penginapan perkhemahan dan kerohanian ini diterapkan agar warga jabatan lebih berkeyakinan, cergas, berani dan dapat mengharungi cabaran-cabaran yang lebih baik dan efisien.

Secara tidak langsung, program ini dapat memperkukuh hubungan sesama rakan sekerja, berpeluang untuk mengenal potensi diri dan pasukan serta dapat melaksanakan tugas dengan lebih efektif dan berintegriti.

#TeamBuilding2025

#strenghttogether

#OneVision

#planmalaysiaperak

#drumahbondariverview

#skulukenas

#jelajahrimba

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!

Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak

Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/

Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@planmalaysiaperak

Threads: https://www.threads.net/@planmalaysia_perak

fbigyttt