phone blackfeedback blackfaq blacksitemap black
mygov uc

Senarai Berita

KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PERAK 2040 (KAJIAN SEMULA)

𝗞𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗥𝗨𝗞𝗧𝗨𝗥 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝟮𝟬𝟰𝟬 (𝗞𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔)

IPOH, 12 Jun 2025 – Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) melalui Bahagian Rancangan Pembangunan, Geospatial dan ICT telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bil.1/2025 bagi mempertimbangkan Laporan Awal Kajian Rancangan Struktur Negeri Perak (RSNP) 2040 (Kajian Semula) bertempat di Grand Ballroom, Hotel Tower Regency, Ipoh.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membentangkan Laporan Awal yang mengandungi pendekatan kajian secara menyeluruh yang merangkumi skop kawasan kajian, objektif pengumpulan data, kaedah kaji selidik, perincian jenis data yang diperlukan, penetapan tempoh pelaksanaan dan penyediaan jadual kerja terperinci bagi keseluruhan kajian.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak. Turut dihadiri oleh TPr Mohd Sabri bin Muhammad, Pengurus Projek Pejabat Projek Zon Tengah, Pasukan Perunding Peers Consult (M), ketua dan wakil jabatan/ agensi di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah.

#RSN

#planmalaysiaperak

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!

Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak

Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/

Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@planmalaysiaperak

Threads: https://www.threads.net/@planmalaysia_perak

fbigyttt