SESI LIBAT URUS BERSAMA PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN BAGI PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN PERANCANGAN LADANG TERNAKAN AYAM DAN GARIS PERANCANGAN LADANG SOLAR NEGERI PERAK

SESI LIBAT URUS BERSAMA PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN BAGI PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN PERANCANGAN LADANG TERNAKAN AYAM DAN GARIS PERANCANGAN LADANG SOLAR NEGERI PERAK

PULAU PANGKOR, 26 – 28 JUN 2024 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) melalui Bahagian Pengurusan Perancangan dan Projek Khas (BPPPK) telah mengadakan Sesi Libat Urus Bersama Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) bagi menambahbaik Garis Panduan Perancangan (GPP) Ladang Solar Ternakan Ayam dan GPP Ladang Solar Negeri Perak. Tujuan penambahbaikan ini dilakukan bagi memastikan kedua – dua garis panduan terserbut mudah dirujuk dan digunapakai oleh semua pihak berkepentingan terutamanya PBPT Negeri Perak dalam urusan memproses permohonan Kebenaran Merancang.
 
Selain daripada PBPT, sesi libat urus GPP Ladang Ternakan Ayam turut dihadiri oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Manjung, PDT Batang Padang, PDT Muallim, PDT Bagan Datuk, PDT Kampar dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak. Ketua BPPPK iaitu Encik Juwis Ladiu telah membentangkan intipati kandungan GPP Ladang Ternakan Ayam yang telah disediakan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, PLANMalaysia manakala wakil daripada JPV Negeri Perak iaitu Encik Ahmad Husaini bin Saidin telah memberikan taklimat berkaitan Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023.
 
Sesi libat urus GPP Ladang Solar Negeri Perak pula hanya melibatkan PBPT sahaja dan fokus perbincangan adalah untuk menyelaras semula kandungan GPP sedia ada dengan GPP Ladang Solar yang telah disediakan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan PLANMalaysia supaya mengambilkira aktiviti ladang solar yang lebih menyeluruh merangkumi atas tanah, atas permukaan air, atas bumbung dan pemasangan panel solar (skala kecil).
 
PLANMalaysia Perak ingin menzahirkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun yang tidak langsung dalam memastikan sesi libat urus ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya.
 

Print   Email