Pengenalan
Rancangan Struktur (RS) adalah merupakan suatu pernyataan bertulis yang menerangkan dasar dan cadangan-cadangan strategik negeri berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah dalam kawasan bandar dan desa, termasuklah langkah-langkah untuk:
- Memperelokkan lagi alam sekitar dari segi fizikal;
- Memperelokkan lagi perhubungan dan untuk menguruskan lalulintas;
- Pembaikan tahap sosio-ekonomi, penggalakkan pertumbuhan ekonomi;
- Mempertingkatkan perancangan luar bandar dan rancangan desa; dan
- Memudahkan pembangunan secara mampan
RS juga hendaklah mengandungi gambarajah, gambaran-gambaran dan lakaran-lakaran yang sesuai untuk menjelaskan dasar-dasar atau cadangan-cadangan yang dikemukakan.
Fungsi Rancangan Struktur:
- Menterjemahkan dasar Rancangan Fizikal Negara (RFN);
- Menyediakan rangka pembangunan bagi Rancangan Tempatan (RT);
- Menentukan gunatanah utama negeri; dan
- Menentukan projek utama negeri.