JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI
Pengenalan
Penubuhan Jawatankuasa Perancang Negeri dan fungsinya telah dinyatakan dalam seksyen 4 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
Fungsi-fungsi Jawatankuasa Perancang Negeri adalah seperti yang berikut:
- Untuk menggalakkan dalam Negeri, dalam rangka dasar negara, pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan semua tanah di dalam Negeri;
- Untuk mengawal selia, mengawal, merancang dan menyelaraskan semua aktiviti pemajuan di dalam Negeri;
- Untuk menasihati Kerajaan Negeri, sama ada dengan daya usahanya sendiri atau sebagai menyahut permintaan Kerajaan Negeri, mengenai perkara yang berhubungan dengan pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah di dalam Negeri; dan
- Untuk mengusahakan, membantu dan menggalakkan pemungutan, penyelenggaraan, dan penyiaran perangkaan, buletin, dan monograf, dan penyiaran lain yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa dan perkaedahannya.