MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL 1 BAGI JARINGAN PENUNJUK PEMBANGUNAN MAMPAN BANDAR – LUAR BANDAR MALAYSIA 2.0 (MURNInets2.0)
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL 1 BAGI JARINGAN PENUNJUK PEMBANGUNAN MAMPAN BANDAR – LUAR BANDAR MALAYSIA 2.0 (MURNInets2.0)
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL 1 BAGI JARINGAN PENUNJUK PEMBANGUNAN MAMPAN BANDAR – LUAR BANDAR MALAYSIA 2.0 (MURNInets 2.0) TAHUN 2024 PERAK DARUL RIDZUAN – Peringkat Verifikasi Data Akhir
PANGKOR, 25 Jun 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal 1 bagi Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar - Luar Bandar Malaysia 2.0 (MURNInets 2.0) Tahun 2024 Perak Darul Ridzuan telah berlangsung di Puteri Bayu Resort, Pulau Pangkor, Perak.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh TPr Gs. Mohamed Zamri Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak yang
bertujuan untuk menjalankan sesi verifikasi data akhir MURNInet 2.0 bersama 15 pihak berkuasa tempatan (PBT) Negeri Perak dan agensi pembekal data di peringkat negeri.
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, PLANMalaysia selaku Pusat Operasi MURNInets Kebangsaan (POMK) dan Bahagian Kemampanan Bandar dan Hijau, KPKT turut dijemput bagi membuat semakan dan verifikasi data oleh setiap PBT di dalam Gerbang MURNInets 2.0.
Semoga hasil verifikasi data yang telah dibuat dalam mesyuarat kali ini dapat menyokong kemampanan bandar di Negeri Perak selaras dengan Perak Sejahtera 2030.