SESI PERKONGSIAN PROSES DAN PROSEDUR KERJA MENGURUSKAN PERMOHONAN BERKAITAN SUMBER MINERAL

 SESI PERKONGSIAN PROSES DAN PROSEDUR KERJA MENGURUSKAN PERMOHONAN BERKAITAN SUMBER MINERAL
 IPOH, 2 MEI 2024 – Sesi Perkongsian Proses dan Prosedur Kerja Menguruskan Permohonan Berkaitan Sumber Mineral telah diadakan di Bilik Mesyuarat Royal Belum, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak. Sesi ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat serta pandangan bagi membantu pihak PLANMalaysia Perak menyediakan Panduan Pelaksanaan Kebenaran Merancang Perlombongan di Negeri Perak yang tertakluk kepada keperluan Akta 172.
 
Sesi ini telah dihadiri oleh wakil-wakil dari Perbadanan Menteri Besar (MB Inc), Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Daerah Batu Gajah, Majlis Daerah Kampar dan Majlis Daerah Tapah.
 
 
 
 

Print   Email