MAJLIS PRA PELANCARAN DAN SIDANG MEDIA GARIS PANDUAN PERANCANGAN (GPP) TAPAK PERKHEMAHAN

Image
MAJLIS PRA PELANCARAN DAN SIDANG MEDIA GARIS PANDUAN PERANCANGAN (GPP) TAPAK PERKHEMAHAN
 
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) telah memuktamadkan Garis Panduan Perancangan (GPP) Tapak Perkhemahan. GPP ini disediakan bertujuan untuk memberi panduan perancangan tapak perkhemahan, memperjelas tatacara pemajuan tapak perkhemahan dan memberi panduan pengurusan operasi tapak perkhemahan kepada pihak berkepentingan seperti pihak berkuasa, pemaju, perunding, pengusaha dan orang awam.
 
Sehubungan itu, Majlis Pra Pelancaran dan Sidang Media Garis Panduan Perancangan Tapak Perkhemahan akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan pada 2 Disember 2023 (Sabtu) bertempat di Taman D.R. Seenivasagam, Ipoh, Perak.
KPKT berharap agar Garis Panduan Perancangan (GPP) Tapak Perkhemahan ini dapat membantu semua pihak berkepentingan bagi memastikan pemajuan tapak perkhemahan mengutamakan prinsip kemampanan alam semula jadi dan keselamatan awam.
 
#PLANMalaysia
#PerakSejahtera2030
 
 

Print   Email