PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA BIL.2/2024
PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA BIL.2/2024
IPOH, 11 Oktober 2024 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) telah mengadakan Program Gotong-Royong Perdana Bilangan Kedua Tahun 2024 yang melibatkan zon EKSA setiap Bahagian iaitu Zon Smart Growth, Zon Symbiosis, Zon Public Space dan Zon Green Neighbourhood.
Program gotong-royong ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif
(bersih, kemas, tersusun dan selamat) serta merupakan inisiatif Jabatan kearah Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada Tahun 2025.
Diharapkan program ini berterusan dan mendapat sokongan serta komitmen daripada setiap lapisan pegawai di PLANMalaysia Perak.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!