IPOH 23 JUN YAB Menteri Perak telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Perak Bil 2/2015 di Bilik Gerakan Negeri Perak. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Pegawai-Pegawai Daerah, Yang Di Pertua PBT, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri yang berkaitan serta pembentang-pembentang kertas kerja.
- Cadangan Ikon Menarik Di Ipoh oleh En. Zulqarnain Bin Mohamad, Pengarah Perancang Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh;
- Cadangan Pindaan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976, Akta 172 oleh En. Mohamad Sabri Bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, JPBD Perak
- Rancangan Tempatan Daerah Perak Tengah 2015 (Pengubahan 3) -BPK 3.3 : Seri Iskandar, Mukim Bota, Daerah Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan oleh Puan Asni Binti Mustafa, Timbalan Pengarah, JPBD Perak;
- Draf Rancangan Tempatan Daerah Kampar 2030 & Rancangan Tempatan Majlis Daerah Batu Gajah 2025 -Pemakluman Laporan Keputusan Jawatankuasa Siasatan dan Pendengaran Awam (LKJSTP) -Kelulusan dan Pewartaan Draf RT Daerah Kampar 2030 dan RT Daerah Batu Gajah 2025 oleh Puan Asni Binti Mustafa, Timbalan Pengarah, JPBD Perak;
- Draf Rancangan Tempatan Daerah Kerian 2020 (Pengubahan) -Pemakluman Laporan Keputusan Jawatankuasa Siasatan dan Pendengaran Awam (LKJSTP) -Kelulusan dan Pewartaan Draf RT Daerah Kerian 2015 (Pengubahan) oleh Puan Asni Binti Mustafa, Timbalan Pengarah, JPBD Perak;
- Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Perak 2015 (Pengubahan) -Pemakluman Laporan Publisiti dan Penyertaan Awam -Kelulusan dan Pewartaan Draf RT Daerah Hulu Perak 2015 (Pengubahan) oleh Puan Asni Binti Mustafa, Timbalan Pengarah, JPBD Perak;
- Draf Rancangan Tempatan Daerah Hilir Perak 2020 (Pengubahan) -Pemakluman Laporan Publisiti dan Penyertaan Awam -Kelulusan dan Pewartaan Draf RT Daerah Hilir Perak 2020 (Pengubahan) oleh Puan Asni Binti Mustafa, Timbalan Pengarah, JPBD Perak.