MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA (HPBS) 2024 PERINGKAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
PARIT BUNTAR, KERIAN 7 Disember 2024 – YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mewakili YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan telah merasmikan Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2024 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan di Dewan Merdeka, Parit Buntar bertemakan “Sedaya Upaya Membina Bandar Mampan dan Pintar #DemiPertiwi” dan dihadiri oleh 300 orang tetamu jemputan.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk TPr Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa; YBrs TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak; YBrs Tuan Saidi bin Haji Shaari, Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Kerian; YBrs Tuan Helmi bin Yusof@Jusoh, Yang DiPertua, Majlis Daerah Kerian dan YBrs Profesor Madya Dr Nur Hisham Ibrahim, Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Seri Iskandar.
YB Puan Sandrea Ng Shy Ching telah meluncurkan Sistem Geosilver Nexus (GSN) yang merupakan produk terbaharu oleh PLANMalaysia Perak dan Pelan Tindakan Bandar Pintar PBT bagi Majlis Perbandaran Manjung, Majlis Daerah Kampar dan Majlis Daerah Kerian.
Kemuncak acara adalah Anugerah Menteri Besar Perak Darul Ridzuan bagi "Ease of Doing Business" kepada Majlis Daerah Kerian sebagai penghargaan dan pengiktirafan atas usaha secara kolektif bagi Projek Kerian Integrated Industrial Park (KIGIP). Selain itu, turut diadakan Anugerah Penghargaan Bandar Mampan 2024 kepada 15 PBT Negeri Perak dan penyampaian sijil penghargaan dan hadiah kepada pemenang-pemenang bagi 10 program HPBS 2024 Peringkat Negeri Perak yang telah dijalankan sejak September 2024 dengan kerjasama MD Kerian dan UiTM Cawangan Perak, Seri Iskandar termasuk POLIMAS. Tidak dilupakan penglibatan pempamer oleh jabatan/agensi di reruai pameran sempena sambutan ini dijalankan.
Semoga usaha murni ini merupakan ikhtiar berterusan untuk melebar luas produk dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Perak kepada rakyat dalam usaha mencapai Pelan Perak Sejahtera 2030.
Kredit gambar : PLANMalaysia
Facebook:
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/
Tiktok: https://www.tiktok.com/@planmalaysiaperak