SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2024

 SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2024
 
IPOH, 31 Ogos 2024 -Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) telah menyertai Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Perak di Hadapan Dewan Bandaran Ipoh, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh.
 
Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini dengan tema “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’’ telah dihadiri oleh YBrs. TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak bersama-sama Kontigen Perbarisan dan Perarakan PLANMalaysia Perak seramai 55 orang anggota yang diketuai oleh Encik Muhammad Asyriq Syamim bin Sharuddin.
 
TAHNIAH dan SYABAS kepada semua warga PLANMalaysia Perak yang terlibat dengan sambutan ini.
Merdeka! Merdeka!
Selamat Hari Kebangsaan 2024.
 
 
 
 
 
 

Print   Email