KUNJUNGAN HORMAT MAJUPERAK HOLDINGS KE PLANMALAYSIA PERAK
KUNJUNGAN HORMAT MAJUPERAK HOLDINGS KE PLANMALAYSIA PERAK
KUNJUNGAN HORMAT MAJUPERAK HOLDINGS KE PLANMALAYSIA PERAK
Ipoh, 14 Jun 2024 - Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak), TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain hari ini telah menerima kunjungan hormat dari pihak Majuperak Holdings Berhad yang diketuai oleh Group Chief Executive Officer, Encik Syed Agil bin Syed Hashim bersama 3 org pegawai beliau iaitu Encik Nor Azman Zulkifli, Encik Muhammad Hafiz Abd Karin Nast dan Puan Nor Farah Aida binti Mohamed Zeble.
Kunjungan hormat yang diadakan bertujuan untuk menjalinkan kerjasama antara dua pihak antara agensi kerajaan serta usahawan-usahawan negeri Perak.
Hadir sama Ketua Penolong Pengarah PLANMalaysia Perak iaitu Puan Rosmiyani binti Che Harun, Bahagian Rancangan Pembangunan, Geospatial dan ICT dan Encik Juwis Ladiu, Bahagian Pengurusan Perancangan dan Projek Khas serta Penolong Pengarah PLANMalaysia Perak, Puan Nur Nabilah binti Roszai, Bahagian Korporat.