MAJLIS PEMBENTANGAN LAPORAN KEMAJUAN TAHUN KE DUA PERAK SEJAHTERA 2024

MAJLIS PEMBENTANGAN LAPORAN KEMAJUAN TAHUN KE DUA PERAK SEJAHTERA 2024 

MANJUNG, 10 June 2024 - PLANMalaysia Perak telah menyertai reruai pameran bagi Majlis Pembentangan Laporan Kemajuan Tahun Ke Dua Perak Sejahtera 2030 dan Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak bertempat di Dewan Merdeka, Manjung. Majlis ini dimulakan dengan pembentangan laporan oleh YAB Menteri Besar Perak, diikuti dengan peluncuran Buku Laporan Kemajuan Pencapaian Tahun Kedua Perak Sejahtera 2030 dan Dashboard Perak Sejahtera 2030.
 
Program ini bukan sahaja memaparkan pencapaian dan visi kerajaan negeri, tetapi juga memberi ruang kepada rakyat untuk berinteraksi dengan pemimpin serta memahami inisiatif-inisiatif yang sedang dijalankan. Reruai Pameran PLANMalaysia Perak berkaitan RSN Perak 2040 menyokong agenda Perak Sejahtera dibawah Agenda 6: Pembuatan Keputusan Berpacukan Data dapat menarik pengunjung dari pelbagai agensi, IPTA, penduduk, persatuan dan orang awam.
 
Program ini telah berjaya memperkukuhkan hubungan antara kerajaan negeri dan rakyat, serta memberi pendedahan yang lebih mendalam mengenai usaha-usaha yang sedang dilakukan untuk mencapai visi Perak Sejahtera 2030. Marilah kita bersama-sama menyokong usaha kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan dan kemakmuran Perak.
YB Puan Sandrea Ng
 
 

Print   Email