MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN TEKNIKAL KEPADA JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI (JPN) PERAK BIL. 2/2023

IPOH, 23 OKTOBER 2023 – Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal Kepada Jawatankuasa Perancang Negeri Perak telah diadakan di Bilik Mesyuarat Royal Belum, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk memastikan keperluan teknikal bagi kertas kerja-kertas kerja berkaitan pengubahan Rancangan Tempatan, cadangan-cadangan pembangunan dan isu-isu berkaitan perancangan bandar dapat dipatuhi terlebih dahulu sebelum ianya diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri yang akan datang.
Sebanyak empat (4) kertas kerja telah dibentangkan dan diharap agar perkara yang dibincangkan dapat dipenuhi sebelum kertas kertas tersebut diangkat ke JPN.