PERBINCANGAN PENGLIBATAN KUMPULAN SASAR (PROGRAM FGD) DAN LAWATAN TEKNIKAL BAGI KAJIAN LAPANGAN
Tarikh: 27/8/2020 -
i- DI EMPANGAN CHENDEROH
Empangan Chenderoh atau juga dikenali sebagai Stesen Janakuasa Chenderoh terletak di Tasik Chenderoh, kira-kira 30 kilometer dari Kuala Kangsar. Empangan ini dibina dipertengahan tahun 1920-an sebagai skim tenaga hidroelektrik untuk kawasan Lembah Kinta dan dianggap sebagai projek pembinaan terbesar di Semenanjung Tanah Melayu diketika itu. Empangan Chenderoh merupakan empangan hidroelektrik dan stesen janakuasa tertua di Malaysia.
Taklimat berkenaan dengan sejarah dan operasi Empangan Chenderoh disampaikan oleh Pengurus Stesen.