Rancangan Kawasan Khas (RKK)

Pengenalan

Ia merupakan suatu pelan cadangan yang lebih terperinci berbanding dengan RT, yang lebih mirip kepada "action area plan". RKK akan mengandungi cadangan-cadangan tindakan khusus untuk satu kawasan yang telah dikenalpasti oleh Pihak Berkuasa Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan, bagi tujuan :

  • Pengolahan khas dan terperinci dengan cara pemajuan.
  • Pemajuan semula.
  • Pengelokan.
  • Pemuliharaan atau amalan pengurusan sebahagiannya dengan satu kaedah dan sebahagian lagi dengan kaedah yang lain bagi seluruh atau sebahagian kawasan khas itu.
  • Jenis pengolahan yang dicadangkan.

 

Fungsi

  • Sebagai panduan terperinci dalam kawalan dan perancangan bagi kawasan yang telah dikhaskan.
  • Sebagai alat pembangunan yang teratur dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Print   Email