phone blackfeedback blackfaq blacksitemap black
mygov uc

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐ก๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐๐‹๐€๐๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐๐ž๐ซ๐š๐ค ๐๐ข๐ฅ.๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐๐š๐ง ๐“๐š๐ค๐ฅ๐ข๐ฆ๐š๐ญ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐ก๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐๐‹๐€๐๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐๐ž๐ซ๐š๐ค ๐๐ข๐ฅ.๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐๐š๐ง ๐“๐š๐ค๐ฅ๐ข๐ฆ๐š๐ญ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข

IPOH, 14 Januari 2025 โ€“ Majlis Perhimpunan Warga Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) Bil.1/2025 yang bertemakan Transformasi dan Taklimat Integriti telah berlangsung pada 14 Januari 2025 bertempat di Tingkat Valley, Taman Meru, Ipoh Perak yang di hadiri oleh 86 orang warga PLANMalaysia Perak.

Sempena Perhimpunan Awal Tahun 2025 ini, YBrs. TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) telah menyampaikan Amanat Awal Tahun 2025 dalam memperteguhkan agenda perancangan bandar dan desa di Negeri Perak serta turut melancarkan Transformasi Laman Web PLANMalaysia Perak.

Jabatan juga telah mengorak langkah dalam penggunaan Artificial Intelligence (AI) dengan mewujudkan Mr TPr (robotic) sebagai pengantara Majlis. Transformasi ini sebagai satu langkah ke hadapan dalam mendukung aspirasi negara menuju ke arah pendigitalan penuh dan mendukung agenda Smart Government di bawah Blueprint Bandar Pintar Negeri Perak 2040.

Disamping itu, Taklimat Integriti yang bertajuk โ€œBerkatkah Gaji Kitaโ€ turut diadakan kepada warga PLANMalaysia Perak. Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Khalid Faesal bin Abdul Rahman dari Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang kepentingan integriti dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab dikalangan warga Jabatan.

Semoga warga PLANMalaysia Perak terus mengekalkan dan meningkatkan lagi prestasi cemerlang dan inovatif dalam memperteguhkan agenda dan peranan Jabatan serta bebas dari rasuah dan penyelewengan.

#BebasRasuah

#planmalaysiaperak

#PerakSejahtera2030

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!

Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak

Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/

Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@planmalaysiaperak

fbigyttt