KURSUS AUDIT DALAMAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) PLANMALAYSIA PERAK
Ipoh, 14 Jun 2024 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul RIdzuan (PLANMalaysia Perak) melalui Bahagian Korporat telah mengadakan Kursus Audit Dalaman EKSA kepada Juru Audit Dalaman, Ketua Jawatankuasa Promosi, Ketua Jawatankuasa Latihan dan Ketua Zon EKSA di PLANMalaysia Perak.
Kursus Audit Dalaman EKSA ini bertujuan
memberi pemahaman dan pendedahan berkaitan modul pengenalan, modul tadbir urus dan mekanisme pengauditan serta simulasi pengauditan EKSA. Kursus ini telah disampaikan oleh Champion EKSA iaitu Puan Nor Husna binti Idris dan Puan Nur Dalila binti Mansor dari Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Negeri Perak. Turut hadir TPr Hajah Faridahwati binti Mohd Salleh selaku Ketua Bahagian Korporat, PLANMalaysia Perak .
Semoga hasil kursus dapat memberi nilai tambah kepada semua pasukan EKSA PLANMalaysia Perak kearah persijilan EKSA 2025.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Tiktok:
//www.tiktok.com/@planmalaysiaperak