LAWATAN KERJA JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERAK DARUL RIDZUAN KE RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)

LAWATAN KERJA JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERAK DARUL RIDZUAN (PLANMALAYSIA PERAK) KE RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM), JABATAN PENYIARAN NEGERI PERAK

 
IPOH, 29 April 2024 - Satu Sesi Lawatan Kerja PLANMalaysia Perak ke RTM PERAK telah diadakan pada hari ini yang diketuai oleh YBrs. TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak. Turut serta dalam sesi lawatan ini juga Puan Syazlina binti Bahari, Timbalan Pengarah PLANMalaysia Perak dan seramai 16 warga dari Bahagian Korporat Jabatan.
 
Kunjungan rombongan ini telah disambut oleh Encik Mohamad Nasreeq bin Mohamed Nesharah, Penerbit Rancangan, Unit Hiburan dan Muzik serta Puan Nurul Syarafina binti Shahrir, Jurutera dari Bahagian Kejuruteraan Penyiaran Perak.
 
Lawatan kerja ini diadakan adalah bertujuan untuk mendapatkan gambaran dengan lebih jelas dan memahami proses Media Penyiaran yang dilaksanakan oleh pihak RTM Perak, mengetahui proses-proses penyediaan Pelan Media dan hebahan kepada orang awam serta mengetahui cara untuk membuat rakaman pendek dengan baik bagi tujuan penyiaran di media sosial.
 

Print   Email