phone blackfeedback blackfaq blacksitemap black
mygov uc

Senarai Berita

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH FELCRA BERHAD NEGERI PERAK

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗙𝗘𝗟𝗖𝗥𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞

RABU 4 Mac 2026 - PLANMalaysia Perak telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah FELCRA Berhad Negeri Perak, Encik M. Zaiful Anuar bin Zulkifli. Pertemuan ini bertujuan bagi mendapatkan khidmat nasihat serta pandangan profesional jabatan mengenai perancangan projek-projek di bawah seliaan FELCRA di seluruh negeri Perak.

Sesi kunjungan dan perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak, bersama Timbalan Pengarah, Puan Syazlina binti Bahari serta Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Pengurusan Perancangan dan Projek Khas), Gs. Juwis Ladiu.

Pertemuan ini merupakan langkah proaktif dalam memastikan setiap agenda pembangunan di bawah seliaan FELCRA sejajar dengan Rancangan Struktur Negeri serta visi Perak Sejahtera 2030. Dengan adanya penyelarasan khidmat nasihat teknikal yang berterusan, kedua-dua pihak komited untuk menangani cabaran perancangan masa kini secara bersama. Adalah menjadi harapan agar sinergi ini terus diperkasakan bagi menghasilkan impak pembangunan yang lebih terancang, mampan, dan berdaya saing selaras dengan aspirasi pembangunan fizikal negeri.

#felcraberhadnegeriperak

#felcraberhad

#planmalaysiaperak

#PLANMalaysia

#PerakSejahtera2030

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE! Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak

Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/

Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@planmalaysiaperak

Threads: https://www.threads.net/@planmalaysiaperak

fbigyttt