𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗖𝗔𝗡𝗩𝗔 𝗔𝗗𝗩𝗔𝗡𝗖𝗘𝗗 𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔𝗜 𝗖𝗔𝗡𝗩𝗔 𝗦𝗟𝗜𝗗𝗘𝗦
IPOH - 3 Mac 2026, Satu Kursus Canva Advanced Kuasai Canva Slides telah diadakan bertempat di Hub Inovasi dan Multimedia, Mydin Meru, Ipoh melibatkan seramai 27 warga Jabatan meliputi setiap bahagian termasuk urus setia.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk :
a) Meningkatkan kemahiran lanjutan penggunaan Canva Slides dalam menghasilkan slaid pembentangan yang profesional, interaktif dan berimpak tinggi.
b) Memantapkan kefahaman terhadap elemen reka bentuk visual seperti susun atur (layout), tipografi, warna dan visual storytelling bagi memastikan mesej disampaikan dengan lebih berkesan.
c) Meningkatkan kreativiti dan produktiviti warga jabatan dalam menyediakan bahan pembentangan mesyuarat, laporan, taklimat dan program rasmi.
d) Melahirkan peserta yang mampu menghasilkan slaid yang konsisten dengan imej korporat jabatan serta selari dengan standard komunikasi organisasi.
Diharapkan semua peserta kursus memanfaatkan sepenuhnya fungsi lanjutan Canva bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan kualiti kerja serta dapat menyumbang kepada penambahbaikan berterusan (continuous improvement) dalam penyediaan bahan komunikasi dan dokumentasi jabatan.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/





