𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗜𝗞𝗔𝗟 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗘𝗥𝗨𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 (𝗝𝗧𝗧𝗧𝗖𝗣𝗞) 𝗕𝗜𝗟.𝟭/𝟮𝟬𝟮𝟲
IPOH, 24 Februari 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Tanah Tinggi dan Cerun Negeri Perak (JTTTCPK) Bil.1/2026 yang dipengerusikan YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah diadakan.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pengarah PLANMalaysia Perak, serta wakil – wakil daripada jabatan/agensi teknikal yang terlibat bagi membantu Jawatankuasa untuk membuat keputusan terhadap permohonan yang dikemukakan. Mesyuarat ini membincangkan dan mempertimbangkan permohonan bagi Cadangan Skim Pembangunan Bercampur khususnya dari aspek keselamatan, kestabilan cerun dan pematuhan teknikal pembangunan di kawasan tanah tinggi. Turut diadakan sesi lawatan ke tapak berkenaan.
PLANMalaysia Perak merakamkan ucapan terima kasih di atas maklumbalas/ulasan yang diberikan oleh semua pihak dalam membantu Jawatankuasa membuat keputusan terhadap permohonan rayuan ini.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/





